Bab 9

“You nak ais krim tak?” Jason disebelah memandang Aie. Dah dekat 3 bulan Aie ajar dia. Bagus, mudah faham.
“Hmm?” Aie mendongak muka. Mata ditukar arah daripada kertas Add Math ke wajah Jason.
“You nak belanja ke?” Aie mengangkat kening.
Jason tersengih. “Dah I tanya, mestilah I yang bayar.”
Aie tersengih. “Tak adalah, kut-kut you nak suruh I belanja.”
“I kan gentleman.” Jason tersengih.
“Bleh..” Aie buat muka.
Ketawa pecah.
Aie mengeleng-gelengkan kepalanya. “Perasan betullah, you Jay.”
“Mana..” Jason buat muka.
Aie tersengih. “You nak belanja I ais krim apa?”
“Ais pop nak?”
Aie buat muka. “Ala, setakat ais pop tu, cousin I yang kecik-kecik tu pun boleh belanja. Belanja lah cornetto ke baskin ke new Zealand shop tu ke tutti ke..”
Jason tersenyum. “Jom. I belanja you baskin.”
Aie tersengih. “I main-main je lah.”
“Tak adalah I yang nak belanja. Teringin nak makan.”
“ Hmm? Boleh. You drive.”
“Mana you tahu I dah dapat lesen ?”
“Adalah..”
“Mommy?”
Aie tersengih.
Jason tersenyum. Mom ni kan. Semua nak cerita. Nampaknya mommy ni macam suka dekat Ad ni. Sebaik dia lahir bulan satu. Terus ambil lesen kereta senang, nak jalan. “Okay, I’ll drive.”
Aie tersenyum. Senang kawan dengan Jason, baik. Dia menarik segala bendanya yang berterabur di atas meja dan mula mengemas. Jason dah ke bilik.
“Eh, cepatnya nak balik?” Pn. Melisa menjenguk dari dapur. Tangan menatang lunch yang baru dimasak. Kalau hari Sabtu, Aie datang pagi.
“Jason, ajak makan ais krim kat luar.”
Pn. Melisa tersenyum. “Jason drives ke?”
Aie mengangguk. “Tapi kalau Auntie tak bagi. Saya boleh drive. Hari ni memang saya bawa kereta.”
Pn. Melisa mengeleng. “Tak apa. Biar Jason drive. Joey ikut?”
“Joey? Tak tahu. Tak nampak dia tadi. Maybe, Jason ajak dia kut.”
Pn. Melisa mengangguk. “Hati-hati.”
Aie tersenyum dan mengangguk. Dia sukakan Pn. Melisa. Baik, ada sikap keibuan, suka cakap Malay, dan cara dia pun dah macam baba nyonya.
“Family I tak makan benda tu.” Jason tersenyum semasa Pn. Melisa mengajak dia makan tengah hari dulu.
“Dan family I tak minum.” Jason tambah lagi.
“Your family baba nyonya ?”
Jason Cuma tersengih. “Our family dah campur-campur. Ada yang kahwin Malay, ada yang India..”
Dia menanggguk.
Bunyi orang menutup pintu menarik perhatiannya. Joey dan Jason sama-sama turun.
“Ad, you don’t care if Joey come with us?” Jason tersenyum.
Aie mengeleng-geleng. “Tak kisah.”
Joey dengan mata kuyu dengan rambut Korean style tersengih sambil berjalan ke sebelahnya. Jason dah masuk ke dapur, nak cakap dengan mamanya mungkin. “I kacau date you ke?”
Aie mendongak. Dah tinggi Joey ni. “You nak kena karate dengan I ke? Mana date?”
Joey tersengih. “He likes you.”
“Where’s the fire?”
“Tu kat dapur. Mama tengah guna nak masak lunch.” Joey menjawab selamba.
Aie merenung geram. Loyar buruk lah Joey ni. Suka hati lah. Dia mengangkat kaki ke dapur, nak salam Auntie.
“Auntie, saya balik dulu ye.”
Pn. Melisa tersenyum. Dia mengangguk. “Esok datang tak?”
“Tak kut. Ada family dinner.”
Pn. Melisa mengangguk dan menyambung kerjanya yang tergendala. Aie melangkah pergi ke kereta. Eh, Joey yang bawa? Pintu kereta dibuka.
“Siapa bagi mandate you boleh bawa kereta I?”
“I bagi sendiri.” Joey tersengih.
“Mana you dapat kunci kereta I?”
“Minta Jason.” Joey menjeling ke arah Jason disebelah.
Aie menarik nafas. Sesak nafas aku dengan Joey ni…