Bab 8

“How?” Jason memandang wajah abangnya yang berseri-seri walaupun Ad dah balik 2 jam lebih lalu.
Zoey memandang adiknya. Huh? Remote ASTRO ditekan-tekan, menukar chanel. Ahah, spongebob. Remote itu diletak di tepi. “What do you mean?”
“Ad..” Jason mengangkat keningnya berulang kali ala-ala ziana zain.
Zoey tersengih. Dengan Jason, dia memang rapat. Semua dia cerita. “Nothing. I just love to make fun of her.”
Jason mengangkat kening. Yelah tu. Dia buat muka – raut muka tak percaya.
“Tak percaya?”
Jason mengeleng-gelengkan kepalanya.
“I have Soffia.” Zoey menutur tanpa memandang Jason.
Jason menjulingkan mata. Soffia Wu. Their childhood buddy yang dah pergi America ikut her parents. Lagi-lagi Soffia. Memang lah dulu si Zoey ni suka gila kat Soffia tapi ..
“Dia ada contact ke?” Jason mengangkat kening. Muka Zoey dipandang, serius.
Dia ada contact ke? Apa soalan cepu emas tu. Zoey pura-pura tak dengar.
“Does she ever contact you?” Jason mengulang pertanyaannya lagi dengan nada yang tinggi.
Satu sikap Jason yang annoying , kalau dia nak tahu tu, mesti dia buat something sampai dia dapat tahu. Memang boleh jadi detektif lah budak Jason ni.
“Sometimes.” Zoey mengumam rendah.
“When is the last time she contact you?”
Zoey tergelak. “You can be a good detective one day, Jason.”
“Thank you.” Jason tersengih. “But I’d prefer Architect. And don’t you think that you can change the subject.” Jason merenung Zoey tajam.
Zoey senyap. Dia mengeluh. Memang susah nak alihkan perhatian Jason.
Jason menanggalkan cermin matanya. “If you don’t like Ad, I’ll take her.” Jason memandang abangnya dengan pandangan serius.
Seriously? Sampai macam tu dia buat sebab nak tahu hal sebenar yang aku pun tak tahu. Zoey membalas pandangan Jason balik. “She’s a year older than you. She’s too old for you.”
Jason mengangkat kening. “Really? Mom is 3 years older than father.”
Zoey dah meraup muka. Susah nak lawan Jason ni. “Jaz, you are really a good debater.”
Jason tersenyum. “Thanks for the compliment.”
Zoey tersenyum. Baik aku buat something sebelum Jason sembur aku dengan pertanyaan dia.
“Joey, Jaz, come here. Let’s eat dinner.” Puan Melisa memanggil anak-anaknya untuk makan selepas melihat waktu yang sudah mendekati pukul 7.30 malam.
Zoey tersengih. “Mom is calling for us.” Dia bangun dan berjalan pantas ke ruang makan.
Jason mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia turut pergi ke ruang tamu. Age is just a number, Joey.