Bab 7

Kaki disilangkan. Memang kena budak Ed tu balik nanti. Orang disebelah dah tersengih dari tadi. Apa pandang-pandang? Nak cari gaduh ke?
“Mana adik you?” Dia mengumam rendah.
Zoey disebelah dah tersengih. “I lah adik.”
Aie menjulingkan matanya. “Macam I tak tau yang you tu anak sulung.”
Zoey mengangkat kening. Dia tahu juga pasal aku . “Mana you tahu?”
Aie menjeling. “Ala, kat kelas kan banyak papa dan mamarazi. Macam mana I tak dengar.”
Zoey tergelak. Paparazi dan mamarazi kelas 4SS1 memang ramai. Semua kecoh kalau ada cerita sensasi.
Aie tersenyum kecil. Dia cepat-cepat mematikan senyumannya selepas melihat Zoey memandangnya.
“You’re smiling.” Zoey mengumam dengan nada ala-ala sarkastik.
“I can smile like human.”
“You memang human, bukan animal, alien ke apa-apa lagi.” Zoey tergelak.
“Zoey, ajak kawan joey masuk.” Mama Zoey, Pn Melisa dah memanggil.
“Jom.” Zoey bergerak masuk ke dalam rumah.
Aie mengeluh. Aku datang nak ajar si adik Joey ni, bukan nak minum. Takpelah, mama Joey ni pun macam baik je. Dia menyarung seliparnya dan berjalan ke pintu masuk rumah Joey.
“Adriana, duduklah. Auntie dah buat makanan petang.” Puan Melisa tersenyum.
Aie mengangguk. “Terima kasih, Auntie. Susah-susah je.” Dia menarik sebuah kerusi bertentangan dengan Puan Melisa.
Puan Melisa tersenyum senang. “Mana ada susah. Adriana ni ada campuran ye?”
Huh? Campuran apa? Macam belajar chemist pula.
“She’s mixed, mom.”
Aie memandang Zoey yang dah ambil tempat sebelah mamanya.
“Oh, My dad dia Melayu-British, My mom Chinese.”
Puan Melisa mengangguk. Air teh panas dituangkan ke dalam cawan. Cawan berisi air diberi kepada Aie. Aie tersenyum.
“Ada berapa adik-beradik?” Puan Melisa menyambung pertanyaannya.
“4. Sulung, Adril, 23 tahun, Kedua, Zamira, 20 tahun, yang atas saya, Edril, sama umur dengan saya.”
“Kembar?”
Aie mengangguk. “MMmm.”
“Mana anak auntie yang nak saya ajar tu?” Aie melihat sekeliling.
Puan Melisa tersenyum. Dia menunjuk ke arah tingkat dua rumah itu. Kelihatan seorang remaja lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk di tangga. Puan Melisa melambai-lambia sebagai isyarat suruh turun. Ketiga-tiga mereka turun tanpa berkata apa-apa.
Baik ye lah budak ni. Aie tersenyum. Bukan macam Joey ni, kejam macam apatah.
“Ni, Jason, dia yang nak belajar tu, baru nak masuk tingkatan 5 tahun depan. Yang ni, Kevin. Yang tu, Claire.
Aie mengangguk. Comel yelah si Claire ni.
“Come, sit.” Puan Melisa menarik tangan Claire untuk duduk disebelahnya.
Jason dan Kevin mengambil tempat disebelahnya.
“Sekejap, auntie nak buat air lagi.” Puan Melisa bergerak ke dapur.
Jason memandang Aie. “Err, sister?”
Aie menukar pandangannya ke arah Jason yang berkaca mata. Agak nerd budak ni tapi ada muka handsome.
“Yes, call me Ad.”
“Err, Ad.” Dia menjeling ke arah Zoey yang memandang tajam dari tadi.
Don’t say it.
Umm.. I’m not afraid of you.
You know what I’m gonna do, if you say it.
Jason tersengih. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. “Nothing. I just want to know your name.”
Zoey tersengih. Tau takut.
Aie dah merenung pelik. Baik aku layan si Kevin comel ni.
“Ad, ad..” Kevin memanggil.
“Hmm. What?” Aie merendahkan kepalanya ke arah Kevin.
Kevin menarik pipi Aie. Kemudian, dia tergelak. “Gotcha.”
Aie tergelak. Nakal budak kecik ni. Claire dari tadi memandang sahaja tersenyum kelat.
Ketawa pecah.