Bab 4

Budak tu kerek lah, Ed.” Aie memeluk bantal. Mata dihalakan ke kaca televisyen. DVD Harry Potter yang baru dibelinya tadi dipasang. Aktiviti mingguan dia dan Ed , kalau Alongnya, Adril ada mesti dia pun join sekali. Angah ? Jangan haraplah. Angah ( Edrianna) lebih suka duduk dalam bilik, baca dia punya girl love story daripada duduk watching movies.
“Mana Jia tahu?” Ed memandang pelik kea rah Jia.
Aie mengangkat bahu. “Cara dia tengok Jia.” Aie tersengih. Bungkusan kerepek sukun dibuka. My favourite.
Tangan diseluk ke dalam bungkusan kerepek sukun yang baru dibuka oleh Aie. “Kenapa? Jia ingat dia suka Jia ke?” Ed tersengih mengusik.
Bantal ditangan dihayun ke atas kepala Ed. “Sengallah, Ed.”
Ed tersengih. “Oh lupa, tadi masa Ed tunggu Jia bayar, Joey kesayangan Jia tu lalu depan kedai.”
Aie merenung pelik. “Mana Ed kenal Joey?” Ed tu memanglah kembar dia. Tapi Ed sekolah all boys school. Dia je yang masuk co-ed.
Ed mengangkat kening. “Adalah..”
Ed ni kejilah. Suka blackmail orang. “Cakaplah..” Aie buat muka comel.
Ed ketawa. “Joey yang tegur dulu. Then, your facebook , twitter ..”
Aie tersengih. Joey memang tau. Mesra alam tak bertempat. “Weh, Ed stalker.”
Ketawa pecah.
“Ni tengok TV ke apa?” Tiba-tiba Adril muncul di ruang rehat. Pakaian yang dipakai pagi tadi tidak bertukar lagi. Sah baru balik.
“Apa Along buat kat sini?” Aie dah buat muka.
Adril tersengih. “Rumah Along, sukasuki Along lah.”
Aie menjeling. Ed ketawa kecil. “Bukan Along kata nak tidur rumah Abang Pa’an ke?”
Adril dah duduk bersila di hadapan dua adiknya. Tangan mengambil bungkusan kerepek daripada tangan Aie. Dia tersengih. “Tak jadi. Abang Pa’an lupa yang dia dah janji dengan dia punya ehem-ehem nak dinner sama-sama.”
Abang Pa’an memang pelupa macam atuk. Aie menjulingkan matanya. “Boys..”
“Apa buat gaya macam girl tu?” Adril memandang pelik.
“Along tak tau ke dia dah jadi girl lepas kena basuh dengan mama.” Ed dah ketawa sakan mengingat akan peristiwa semalam. Nasiblah Along takde, kalau tak habis lah Aie kena jadi bahan kutukan Along.
Adril mengangkat kening. Basuh dengan mama. Ahah, berita sensasi ni. “Apa ? Apa ?”
“Say a word, you know what I’m gonna do to you.” Aie dah bagi jelingan maut.
Ketawa pecah.
“Along ? Balik dengan tak mandinya dah duduk depan TV. Apa nak jadi?” Mama dah membebel dari tangga. Adril tersengih. “Ye, ma..” Langkah diatur ke bilik.
“Jia, jangan ingat boleh lari.” Adril menarik rambut Jia yang diikat satu itu.
Aie tersengih. “Pergi mandilah busuk.”
Adril dah ketawa. Ed turut tersengih. Aie berpaling ke arah Ed. “Jangan cakap dekat Along pasal semalam dengan Joey.” Dia menghulur jari pinky nya kea rah Ed. Pinky promise.
Hailoh, hailoh. Adik aku sorang ni. Dari kecik dengan pinky promise dia. Dia menyambut jari pinky Aie.
Aie tersengih. “Sayang Ed.” Ed mengosok-gosok kepala Aie.
Puan Dianne tersenyum melihat gelagat anak kembarnya. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Nakal betul budak dua orang ni. Secretive pun ada juga. Tapi sedih bila tengok all those guys kat luar bilik, having fun moments tapi Angah terperuk dalam bilik. Apa nak jadi dengan Angah? Dia mengeluh perlahan.