Bab 11

Bola di tangan dibaling ke arah backboard yang dari tadi bergegar kerana tidak henti dibelasah dengan balingan bola yang sesuka hati tanpa tujuan. Bola yang meluncur laju masuk ke dalam ring dah terus melantun ke arah diri ditangkap dengan sebelah tangan. Bola dibaling ke arah backboard semula.
“What’s wrong?” Bola yang melantun ke depan balik ditangkap.
Mengeleng. “Nothing.” Mata memandang kosong ke arah tepi court. Kaki diangkat ke arah bangku yang dipenuhi dengan beg-beg. Badan dijatuhkan ke lantai simen gelanggang basketball dengan kasar. Bola air ditarik dan diteguk kasar.
“Yeah. Sure, something isn’t wrong and you’re acting all weird.”
Bola Spalding ditangan dipusing-pusing. Mata masih memandang tepat ke arah rakannya yang dari tadi duduk membuang pandangan kosong ke tasik.
“Aie..” Bibir tanpa sedar mengumam rendah.
Huh? Did he just say Aie? “Apahal dengan Aie?”
Lamunan disentap apabila telinga menangkap perkataan Aie dari mulut orang yang berhadapan dengannya. “Kenapa dengan dia?”
Mata dijulingkan. Susah nak cakap dengan orang blur ni. Oh, yes. A blur man is a difficult man to reason with, Ed. “Kau yang sebut nama dia tadi.”
Mata memandang tepat kearah wajah Ed yang masih merenungnya tajam. “Ada ke?”
Aisey, Joey ni. Belasah juga nanti. “Ada lah.”
Joey tersengih tawar. Beg ditarik. Botol air yang half-filled dicampak ke dalam, beg dizip. “Kau nak ikut aku cycling around taman tak?”
“Huh? Taman? Maksud kau taman ni or the neighbourhoods?” Bola dicampak ke dalam beg sukan ditepi.
“Setakat taman ni baik jalan kaki je. Round our neighbourhoods lah dey.” Beg disarung.
“Okay je.” Kaki diangkat ke mountain bike yang diparking tepat sebelah bangku.
Joey mengayuh basikal keluar dari taman dan terus mengayuh tanpa arah tujuan. Ed mengeleng. Mountain bike dinaik dan dia terus mengayuh pedal , mengejar Joey. Ada something wrong antara Joey dengan Aie. Wahha, aku kena jadi middleman ke? Bibir mengukir senyuman tawar. Tak habis-habis lah ceritera antara diaorang ni mengalahkan cerita Spetra kat TV3 tu.