Prologue

Maybe dia bukan untuk aku. Juan meraup mukanya yang keruh. Bola keranjang di tangan di’dribble’.

“Dude, are you okay?” Pa’an merenung tajam ke arah Juan yang bermuka keruh sejak dari mula-mula dia dan Juan turun ke gelanggang bola keranjang di kawasan rumah Juan.

Tersentak. Juan mengangkat muka dan memandang Pa’an. “Yeah. Of course, I’m fine.” Juan menarik senyuman plastik.

Tipu. That’s a lie. I know you Juan. Something happened. Pa’an tidak membalas kata-kata Juan. Jika Juan tidak mahu berkongsi, biarlah. Dia tak mahu jadi mamat kepoh.