Bab 2

“Damn Joey.” Aie menjerit sambil menekup mukanya ke bantal. Anna dan Jijie disebelah ketawa. Jijie menepuk belakang badannya. Pap! Aie segera bangun, reflex dan membaling bantal kea rah Jijie.

“Sengallah Jijie.” Aie ketawa.

Jijie buat muka comel sambil tersengih. “Heh, cakap je lah kau happy dia cakap dengan kau.”

Aie buat muka. Sukasuki lah sangat. Bengang ye lah dengan si Gergasi-Pengacau-Abad-ke-21 tu. Anna ketawa. Gitar ditangan diletak ke tepi. “Muka tapai tu juga kau nak buat.” Dia ketawa kecil.

Aie merenung geram. “Muka tapai? Muka comey ni kau kata muka tapai.” Dia terketawa kecil.

Ketawa pecah. “Perasannya lah minah ni.” Jijie menjulingkan matanya. Anna mengangguk tanda setuju. Aie turut tersengih. “Allalala, sebenarnya you guys rasa aku comel tapi tak nak bagitahu.” Dia tersengih mendengar teori ntah-apa dia tu.

“Hhahaha, kau ingat kau apa? Feeling reader? Boleh baca perasaan orang?” Anna meluku kepala Aie.

Aie mengosok kepalanya. Aduh, Anna ni memang kuatlah lukuan dia. Manakan tidak, juara Karate ni. Muka je nampak sweet ala-ala perempuan melayu terakhir gitu, tapi dalam, huahhh, kuatnya bukan main. “Sakit lah, adoyai Anna ni.” Aie buat muka kesian.

“Ingat comellah tu.” Anna buat nada garang sambil mencekak pinggang.

“Garang macam mak nenek.” Aie mengumam.

Jijie yang jadi pemerhati hanya tergelak sakan melihat sketsa komedi dua kawan baiknya itu.

“Gelak sakan akak-akak dan adik yang tercinta” Tiba-tiba Ed menyampuk. Dia tersengih sambil berdiri di tepi pintu bilik Aie.

“Eddy kakandaku yang disayangi, mengapakah kau berdiri di situ?” Aie tersenyum.

“Ya Adindaku yang tersayang, bonda mahu adinda sekalian turun for tea.” Ed turut tersengih. Ikut je lah kepala adiknya yang tak berapa betul tu.

Anna dan Jijie ketawa melihat gelagat dua beradik tu. “Bahasa tradisional hancur dibuat kau orang.” Jijie masih dengan ketawanya.

Anna mengangguk. “Hang Tuah dengar pun boleh nangis wehh.” Dia menyambung.

Ed hanya ketawa kecil. Dia sudah biasa dengan perangai adik dan kakak-kakak angkatnya yang tiga-suku tu. “Apa-apalah. Baik layan PS3 dari layan adinda-adinda yang sewel ni.” Ed terus mengangkat kaki meninggalkan bilik Aie. Dia ketawa kecil. Peliklah mereka-mereka ni. Hahaha, mereka-mereka. Apalah gedik sangat ayat aku ni.

Adril di ruang rehat di bawah dah merenung adiknya, Ed yang dari tadi ketawa kecil. Apa adik aku dah sewel lepas dia menjejakkan kaki ke bilik si Aie. Uwahh, virus ni. Baik pasang Kaspersky dulu. Dia tersengih. Apa buat lawak dalam hati. Lawak je.

“Yang Angah tersengih macam orang gila ni kenapa?” Ed dah menghempaskan badannya ke sofa empuk di sebelahnya. Ed tersengih.

Adril memandang ke arah Ed. “Nehi, nehi.” Dia mengerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan.

Ed ketawa. Nak cakap bahasa tamil pula abang aku seorang ni. “Angah pun dah jadi macam Jia juga?” Jia tu panggillan Aie bagi ahli keluarga Encik Adham. Ed ketawa apabila teringat peristiwa yang penuh kesewelan tadi. Kesewelan? Ada ke perkataan tu? Sukasuki aku je nak ubah perkataan bahasa melayu. Ed tersengih.

Adril membaling bantal ke arah Ed. “Andalah yang sewel. Tadi gelak sorang-sorang. Ni, tersengih macam menang loteri. Pelik je Ed ni. Entah-entah dia yang dah berjangkit dengan Jia.”

“Hoi, apa kutuk-kutuk?” Aie dari atas menjerit. Kalau dua beradik tu cakap, macam cakap jaraknya sejauh KL ke Klang. Kuatnya macam stereo. Apa aku tetiba nak nyanyi lagu ‘My heart a stereo’.

Anna dan Aie dah tergelak sakan kat dalam bilik Aie. Memang 3 adik-beradik tu kelakar. Ada je benda nak gaduh kalau jumpa tapi, gaduh main-main lah.

“Anna, kita tahu kan apa nak buat?” Jijie mengangkat keningnya.

Anna mengangguk. “Call bantuan kecemasan.” Dia mendail nombor.

“Hello, help ..”